Thursday, February 25, 2010

Sampaikan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Sabda Rasulullah S.A.W "sampaikanlah dariku walau satu
ayat"....

Mungkin ana sedikit terlambat dalam merebut atau meggunakan peluang yang ada selama ini sebagai wadah dalam meneruskan perjuangan kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Sebelum ana terlupa marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W"Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wassalim"....moga-moga kita mendapat syafaat darinya di akhirat kelak ~amin~
ana berharap di hari yang mulia ini dapat ana jadikan sebagai titik permulaan untuk ana memperbaiki diri serta menyahut seruan Allah untuk menjadi khalifah yang dapat menegakkan agamaNya iaitu agama Islam di muka bumi ini...insyaAllah

Hari ini juga ana ada menghadiri majlis ilmu yang dinamakan sebagai liqa' an-nisa iaitu perjumpaan bagi muslimat yang diadakan di balai Islam al-muttaqin selepas solat zuhur atau solat jumaat(muslimin) secara berjemaah....antara perkara yang disentuh ialah berkenaan dengan Rasulullah....kita sebagai umat Islam dan juga apa yang lebih penting kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya bersyukur kerana di akhirat kelak baginda agak memberi syafaat kepada umatnya berbanding dengan umat nabi lain.


Ana ingin berkongsi kata-kata ini untuk diri yang sering lalai dan alpa "beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam....rugilah orang yang hari ini sama dengan semalam...dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam..."jadi sama-samalah kita muhasabah diri ini ...adakah kita berada di tempat orang-orang yang beruntung atau orang-orang yang rugi mahupun yang lebih dahsyat lagi iaitu di tempat orang yang celaka kerana kelalaian dalam mengingati Allah S.W.T...na'uzubillahi min zalik....

Rasanya sampai di sini permulaan dan perkongsian ana untuk hari ini....insyaAllah andai Allah masih mengizinkan ana untuk terus berada di muka bumiNya ini ana akan berusaha menyampaikan segala amanat yang telah diamanahkan kepada ana....insyaAllah...Amin~wasalam

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates