Thursday, May 12, 2011

Peringatan Buat Diri yangSering Lupa


BISMILLLAH....

Kekuatan sesorang muslim bukan hanya terletak pada kekuatan jasad tetapi juga kekuatan rohani iaitu kekuatan dalaman atau boleh juga dikatakan sebagai kekuatan hati. Ini kerana apabila hati sesorang itu bersih dari segala kekotoran maka hidupnya akan lebih tenang berbanding dengan orang yang mempunyai tubuh badan yang sihat tetapi hatinya penuh dengan noda-noda hitam yang akhirnya membelenggu hidupnya sendidri.

Seringkali orang mukmin terkandas diprtengahan jalan dalam menghambakan diri kepada Allah kerana terperangkap dengan godaan nafsu durjana. Bahkan amat menyedihkan lagi apabila orang yang berada dalam bidang dakwah sendiri kadang-kadang terjerumus dalam masalah hati ini sendiri dan oleh sebab itu kita dapat lihat ada yang futur akibat daripada kelesuan yang timbul. Ini semua berpunca apabila hati kita tidak meletakkan Allah di tempat yang teratas dan di tempat yang selayaknya kerana hati yang sebenar2nya ialah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an


"Orang Mukmin itu apabila disebut nama ALLAH, gementar hati-hati mereka."
(Surah Al Anfaal: 2)

Susahkan untuk mendapatkan hati yang sebegini!!! Kebaikan adalah perkara yang paling sukar dilakukan oleh manusia tetapi maksiat adalah perkara yang paling mudah dilakukan oleh manusia. Kita manusia tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita bukannya insan yang Ma'sum tetapi kita perlu menjadi ke arah muslim yang hebat!!!


Sebenarnya tanpa kita sedar badan dan minda serta jiwa kita penat dalam melakukan perkara-perkara keji yang dilakukan oleh diri kita, atas pengaruh nafsu -ve yang tidak pernah berhenti untuk mendorong kita untuk melakukan maksiat dan mengaburi mata hati kita dengan kemnanisan maksiat yang palsu semata-mata. Maka kita sebagai seorang insan yang dilahirkan dengan fitrah yang cenderung ke arah kebaikan hendaklah sedaya upaya melawan dan meninggal segala keburukan kita dilakukan dengan serta merta apabila kita telah sedar apa yang kita lakukan itu bertentangan dengan syara'. Kerana kesedaran itu adalah hidayah yang datang daripada Allah, dan apabila kita berlengah-lengah untuk berubah apabila datangnya sedikit keinsafan dalam diri,bimbang akan menjadikan kita sesat untuk selamanya.

Tetapi kadangkala ada yang bertanya "saya ingin berubah tetapi setiap kali saya ingin berubah banyak dugaan yang saya hadapi seolah-olah Allah dah tak terima lagi taubat saya dan hidup saya seperti dah tertulis menjadi begini begini dan begitu......". Pelbagai alasan yang diberikan dan juga rungutan sedangkan bertapa dia lupa Allah telah bersabar dengan setiap dosa yang dilakukan tanpa dikenakan apa-apa balasan dan kemudian diberikan pula permulaan hidayanh untuk dia memilih jalan untuk berubah ke arah kebaikan. Tetapi apabila diuji sedikit untuk menguji keteguhan imannya kesabarannya mula goyah dan kemudian kembali kepada jalan kesesatan.Nau'zubillah...

Maka untuk menjadikan hati kita tetap dan berazam untuk tidak kembali ke jalan yang gelap, usaha hendaklah dilakukan bukannya hanya sekadar mengharap..... perbetulkan niat untuk mencapai Mardhatillah dan kemudian disusuli dengan meningkat kualiti ibadah dan ditambah dengan amalan-amalan sunat agar hati kita sentiasa tetap berada di jalanNya serta iltizam dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi Muslim yang Power dalam pelbagai aspek. Yakin pada Allah dan juga yakin pada diri sendiri yang diri ini akan cuba sedaya upaya menjadi Khalifah yang Terbaik untuk diri sendiri, keluarga negara dan agama. AllahuAkbar!!!



2 comments:

Anonymous said...

salam.

Unknown said...

N3 yang berguna,blog yang bagus

Template by:
Free Blog Templates