Friday, July 23, 2010

Untuk Renungan Bersama



Saudara dan saudari,

Kita sudah berada di Akhir Zaman tanpa kita sedar ataupun tidak, sama ada kita suka ataupun tidak, sama ada kita b'sedia ataupun tidak dan sama ada kita percaya ataupun lebih sedih lagi ada yang langsung tidak mempercayai bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan ada alam lain yang menanti.

Akhir-akhir ini, umat Islam diratah oleh musuh-musuh Islam, malah orang yang mengaku Islam sendiri benci kepada agama mereka dan meninggalkan undang-undang Islam* demi menjaga kepentingan diri. Undang-undang Islam dipermainkan dan hukum Allah diremehkan.
Ini semua hanyalah untuk keselesaan yang ingin dikecapi di dunia yang fana ini. Bahkan dunia yang ingin dikejari ini hanyalah syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang Islam. Bagi mereka yang sanggup berjuang demi Islam ini mereka sanggup berkorban segala-galanya dan walaupun mereka terpaksa menghadapi pelbagai mehnah dalam menyebarkan agama Allah kerana mereka percaya janji Allah itu pasti.

Firman Allah yang bermaksud:
'Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik' (Az-Zumar:34)

Umat Islam kebanyakannya terlalu leka dan alpa, hiburan-hiburan yang dicipta oleh kafir laknatullah telah menyerang umat Islam dan menyebabkan umat Islam dilanda penyakit cintakan dunia. Sehinggakan sukan yang sebelum ini adalah suatu aktiviti untuk merehat dan menyihatkan jasmani kita disalahgunakan oleh orang-orang terentu yang mempunyai kepentingan yang mereka sendiri ketahui disebaliknya. Sehinggakan sukan-sukan tersebut dijadikan pertaruhan judi dan ada pemimpin Islam sendiri yang sanggup menghalalkannya sedang sudah di ketahui hukum judi itu sendiri haram dan tiada istilah judi 'halal' kerana secara jelas dan sejelas-jelasnya telah diterangkan di dalam Al-Qur'an,
sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” (Al-Ma'idah:90)


Rasulullah S.A.W memberi peringatan:

"Umat-umat lain akan memamah dan meratah kamu sebagaimana orang yang mengeliling hidangan makanan meratah makanan. Lalu seorang sahabat bertanya, 'Adakah jumlah kita sedikit pada waktu itu, wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W, "Kamu ramai tetapi laksana buih banjir, Allah mencabut kehebatan kamu dari hati musuh-musuh kamu dan mencampakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit al-Wahnu." Lalu sahabat bertanya,"Apakah al-Wahnu itu, wahai Rasulullah?' Jawab Rasulullah S.A.W,"Cintakan dunia dan benci kepada mati"

Jadi sama-sama kita memperbaiki diri dan bangkit dalam memperjuangkan agama Islam.... ALLAHUAKBAR!!!!!
Wallahua'lam

*rujukan:Meniti Kehidupan Insan, Koleksi terbaik Abdu Hadi Awang
Tafsir Al-Qur'an Darul Iman

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates